Pengenalan

Category: Utama Published: Wednesday, 20 June 2012 Written by Dr. Rozniza

Projek ini adalah untuk melanjutkan pemindahan pengetahuan berkaitan kesedaran terhadap penggunaan tenaga dengan cekap atau biasa dinamakan sebagai Kecekapan Tenaga (KT). Laman web yang direka bentuk ini adalah untuk menggalakkan guru-guru prasekolah melaksanakan dan menyepadukan Kecekapan Tenaga dalam pengajaran mereka.

 

Secara amnya laman web ini mempunyai pelbagai fungsi untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran KT dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Projek ini adalah untuk memberikan kesedaran yang lebih tinggi terhadap penggunaan tenaga secara cekap kepada guru prasekolah dan kanak-kanak bandar dan luar bandar.

 

Sehubungan itu ia peluang kepada mereka menggunakan dan meningkatkan kemahiran ICT dalam bilik darjah.  Dalam mencapai usaha tersebut adalah diharap agar guru-guru yang terlibat akan menggunakan laman web ini sebagai salah satu strategi pengajaran mereka dalam mengintegrasikan KT ini. 

 

Justeru penggunaan laman web ini membolehkan mereka meningkatkan kemahiran pedagogi agar tidak ketinggalan dalam era kemahiran abad 21.  Dengan yang demikian, laman web ini telah menerapkan elemen KT dalam enam tunjang utama iaitu Tunjang Komunikasi- Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai - Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, Tunjang Ketrampilan, Tunjang Fizikal dan Estetika, Tunjang Kemanusiaan, dan Tunjang Sains dan Teknologi. 

 

 

 

Hits: 18307