Keterampilan Diri

Tunjang Ketrampilan  Diri. Tujuan tunjang ini ialah memupuk kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Fokus tunjang ini adalah untuk mengenali dan mengurus emosi sendiri – berbincang cara untuk mengenali dan menguruskan emosi sendiri serta orang lain. Murid juga akan belajar cara untuk menerima dan mendengar pandangan orang lain. Selain itu fokusnya ialah untuk mencapai emosi yang positif. Murid perlu mengetahui cara untuk membina konsep kendiri yang positif serta dapat meningkatkan semangat serta keyakinan untuk berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan orang lain. Seterusnya tunjang ini juga untuk membina kemahiran sosial – Murid perlu mengetahui  cara untuk memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain. Tunjang ini diharap dapat memperkenalkan kepada murid cara berkomunikasi dengan berhemah serta dapat menghormati hak orang lain di samping mengetahui cara yang betul untuk mengatasi konflik. Penerapan kecekapan tenaga akan dilakukan melalui aktiviti-aktiviti yang berkisarkan pembentukan sahsiah dan kepimpinan. Contohnya, pelajar  dapat mengetahui betapa pentingnya penjimatan tenaga dan pelajar boleh menunjukkan contoh yang baik kepada rakan sebaya , seperti menutup suis  kipas apabila tidak menggunakannya. Hal ini menunjukkan contoh kepimpinan yang baik.