Ahli Projek

Category: Ahli Projek Published: Wednesday, 05 September 2012
chart
 
Ketua Projek

Professor Madya Dr. Hashimah Mohd Yunus adalah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM yang telah mula berkhidmat pada tahun 2003. Sebelum itu beliau pernah mengajar di beberapa buah sekolah menengah dan maktab perguruan di sekitar Pulau Pinang. Bidang pengkhususan beliau adalah pendidikan sains dan berminat dalam penyelidikan terutamanya yang  berkaitan dengan pendidikan sains rendah. Penyelidikan yang sedang dijalankan sekarang adalah berkaitan kecekapan tenaga di prasekolah dan pembelajaran sains berasaskan permainan bagi murid sekolah rendah.
Alamat email beliau adalah: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ahli Projek
 
Dr. Nooraida Yakob adalah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM yang telah mula berkhidmat pada tahun 2008. Sebelum menjadi seorang pensyarah, beliau merupakan seorang guru sekolah menengah dan pensyarah di kolej matrikulasi.  Bidang pengkhususan beliau ialah Kurikulum dan Pedagogi dan Pendidikan sains.  Penyelidikan yang sedang dijalankan adalah berkaitan dengan pendidikan sains terutamanya pembelajaran sains secara informal.
Alamat emel beliau adalah : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
 
rozniza
 
Dr. Rozniza Zaharudin adalah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM yang telah mula berkhidmat pada tahun 2013. Sebelum menjadi seorang pensyarah, beliau merupakan seorang pakar IT di Hewlett Packard, Cyberjaya dan seorang pensyarah di kolej swasta.  Bidang pengkhususan beliau ialah Sains Komputer (Information Technology) dan Pendidikan Khas.  Penyelidikan yang sedang dijalankan adalah berkaitan dengan Pendidikan IT dan Pendidikan Khas.
Alamat emel beliau adalah : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
 
Pegawai Penyelidik
me
Yew Yi Jing merupakan pelajar internship dari Kolej INTI Antarabangsa. Dia merupakan pelajar Diploma dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Alamat emel ialah: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Hits: 3082