Tunjang

Category: Tunjang Published: Monday, 03 September 2012
1. Tunjang Fizikal dan Estetika
Tunjang Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti. Guru-guru prasekolah dalam pengajaran tunjang ini seharusnya dapat mengenalpasti sub topik di bawah tunjang perkembangan fizikal dan estetika.

2. Tunjang Kemanusiaan
Guru diharapkan dapat menerapkan kesedaran tentang kepentingan aspek-aspek tunjang Kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya dapat mengenal pasti dan menerapkan nilai yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global kepada kanak-kanak.

Tunjang Kemanusiaan

Manakala bagi Tunjang Kemanusiaan Guru diharapkan dapat menerapkan kesedaran tentang kepentingan aspek-aspek tunjang Kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya dapat mengenal pasti dan menerapkan nilai yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global kepada kanak-kanak. Bagi tujuan ini tercapai seharusnya guru juga dapat mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang bersesuaian, memilih dan merancang sumber p&p dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian untuk mencapai Standard Kandungan. Guru juga harus merancang aktiviti Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan serta berkeupayaan memilih indikator yang sesuai untuk mentaksir menggunakan instrumen yang sesuai. Terdapat Standard Kandungan KM 1.1 hingga KM 8.5Walau bagaimanapun bagi menerapkan elemen Kecekapan Tenaga kepada kanak-kanak prasekolah guru boleh menggunakan mana-mana KM untuk menyemai nilai jimat cermat dalam menggunakan tenaga elektrik. Rancangan Pengajaran yang disediakan ini membantu guru menjalankan aktiviti untuk menanamkan sikap menggunakan tenaga secara cekap disamping menerapkan nilai murni untuk tidak melakukan pembaziran dalam menggunakan tenaga     elektrik dirumah dan dipersekitaran sekolah.

3. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang ini merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan moral. Dalam Pendidikan Islam, murid akan mempelajari Rukun Islam, Rukun Iman, Sirah Rasullah dan Kalimah Syahadah. Selain itu, mereka juga akan mempelajari cara bersuci, berwuduk serta mempelajari dan melakukan pergerakan solat serta mencontohi akhlak-akhlak Rasullah.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai. 

Tunjang ini merangkumi pendidikan islam dan pendidikan moral. Dalam Pendidikan Islam, murid akan mempelajari Rukun Islam, Rukun Iman, Sirah Rasullah dan Kalaimah Syahadah.  Selain itu, mereka juga akan mempelajari cara bersuci, berwuduk serta mempelajari dan melakukan pergerakan solat serta mencontohi akhlak-akhlak Rasullah.  Mereka juga diajar melakukan aktiviti harian mengikut adab-adab tertentu yang telah ditetapkan.  Selain itu,  mereka diberi  pendedahan kepada asas Bahasa Arab, hurif hijaiyah dan jawi.  Murid-murid juga akan melakukakan hafazan bagi surah-surah pendek dan doa-doa pilihan. Manakala dalam Pendidikan Moral murid-murid akan dipupuk dengan perlakuan-perlakuan bermoral sepanjang berada di prasekoah.  Perlakuan ini diterapkan dalam aktiviti harian mereka.  Nilai-nilai yang akan difokuskan adalah terkandung dalam KSPK dan diantaranya adalah seperti kepercayaan kepada tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, berhemah tinggi, hormat-menghormati dan sebagainya. Kecekapan tenaga akan diterapkan dalam tunjang ini semasa murid-murid ini melakukan aktiviti harian secara beradab dan bermoral.  Untuk itu, dalam melakukan aktiviti harian, penerapan elemen kecekapan tenaga dapat dilakukan dengan mengamalkan budaya penjimatan penggunaan tenaga elektrik.  Sebagai contoh, dalam pendidikan islam, penerapan elemen kecekapan tenaga dapat dilakukan apabila murid membuka lampu dan membaca doa sebelum masuk ke tandas serta menutup lampu dan membaca doa selepas keluar dari tandas.   Manakala dalam pendidikan moral, murid-murid akan membuka lampu sebelum masuk ke tandas dan menutupnya selepas keluar dari tandas.  Amalan seperti ini akan memberi pendedahan kepada murid bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terhadap penggunaan tenaga elektrik sama ada di rumah mahupun  di sekolah.  Dengan yang demikian, murid-murid ini mampu menjadikan tanggungjawab tersebut sebagai budaya hidup dalam menjimatkan penggunaan tenaga.  RP yang disediakan dalam buku panduan ini difokuskan kepada cara penerapan elemen  kecekapan tenaga bagi tunjang ini.

4. Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang ini merangkumi awal sains, awal matematik dan penggunaan ICT. Dalam awal sains, murid-murid akan diberi peluang untuk meneroka persekitaran dengan menggunakan organ deria merka. Penerokaan ini akan membantu murid-murid ini membina sikap saintifik seperti ingin tahu serta berupaya meningkatkan kemahiran proses sains seperti pemerhatian, pengelasan dan sebagainya.

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang ini merangkumi awal sains, awal matematik dan penggunaan ICT.  Dalam awal sains, murid-murid akan diberi peluang untuk meneroka persekitaran dengan menggunakan organ deria merka.  Penerokaan ini akan membantu murid-murid ini membina sikap saintifik seperti ingin tahu serta berupaya meningkatkan kemahiran proses sains seperti pemerhatian, pengelasan dan sebgainya.  Fokus utama awal sains adalah murid-murid ini mampu menguasai kemahiran sains di samping meningkatkan pengetahuan.  Dalam awal matematik pula, murid-murid akan diberi pendedahan mengenai konsep pranombor, nombor, operasi nombor mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.  Semua konsep ini memberi pengetahuan asas untuk murid menjalani kehidupan seharian mereka.  Selain itu, konsep ini juga membolehkan murid-murid tersebut menguasai kemahiran dan pengetahuan konsep matematik yang tinggi. Sedangkan Penggunaan ICT pula diintegrasikan dalam awal sains dan awal matematik.  Murid akan didedahkan dengan kemahiran asas untuk menggunakan ICT dalam aktiviti yang dirancang.  Dalam tunjang ini, penerapan kecekapan tenaga akan diterapkan dalam aktiviti-aktiviti terpilih yang dirancang oleh guru.  Awal sains memberi pendedahan kepada murid untuk meneroka alam sekitar.  Manakala, awal matematik memberi pendedahan kepada konsep asas matematik.  Justeru, penerapan elemen kecekapan tenaga dapat dilakukan dengan menjadikan murid tersebut peka kepada perlakuan dan persekitaran mereka.  Sebagai contoh, pada hari hujan, perlakuan ke arah kecekapan tenaga dapat dilaksanakan.  Dengan yang demikian, berdasarkan pemerhatian kepada perubahan cuaca tersebut, murid dapat meramalkan satu perlakuan kecekapan tenaga iaitu mengurangkan penggunaan kipas atau penghawa dingin.  Manakala dalam awal matematik, perlakuan kecekapan tenaga boleh dikaitkan dengan konsep nombor dan waktu.  Hal ini dapat dilakukan dengan jumlah masa atau jumlah barangan elektrik yang digunakan dalam waktu tertentu.  Dalam hal ini, mereka berupaya menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menunjukkan perlakuan atau tindakan yang tertentu sebagai langkah mengurangkan pembaziran penggunaan tenaga elektrik. 

5. Tunjang Keterampilan Diri
Tujuan tunjang ini ialah memupuk kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Fokus tunjang ini adalah untuk mengenali dan mengurus emosi sendiri – berbincang cara untuk mengenali dan menguruskan emosi sendiri serta orang lain. Murid juga akan belajar cara untuk menerima dan mendengar pandangan orang lain. Selain itu fokusnya ialah untuk mencapai emosi yang positif.

Tunjang Ketrampilan Diri

Tujuan tunjang ini ialah memupuk kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Fokus tunjang ini adalah untuk mengenali dan mengurus emosi sendiri – berbincang cara untuk mengenali dan menguruskan emosi sendiri serta orang lain. Murid juga akan belajar cara untuk menerima dan mendengar pandangan orang lain. Selain itu fokusnya ialah untuk mencapai emosi yang positif. Murid perlu mengetahui cara untuk membina konsep kendiri yang positif serta dapat meningkatkan semangat serta keyakinan untuk berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan orang lain. Seterusnya tunjang ini juga untuk membina kemahiran sosial – Murid perlu mengetahui  cara untuk memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain. Tunjang ini diharap dapat memperkenalkan kepada murid cara berkomunikasi dengan berhemah serta dapat menghormati hak orang lain di samping mengetahui cara yang betul untuk mengatasi konflik. Penerapan kecekapan tenaga akan dilakukan melalui aktiviti-aktiviti yang berkisarkan pembentukan sahsiah dan kepimpinan. Contohnya, pelajar  dapat mengetahui betapa pentingnya penjimatan tenaga dan pelajar boleh menunjukkan contoh yang baik kepada rakan sebaya , seperti menutup suis  kipas apabila tidak menggunakannya. Hal ini menunjukkan contoh kepimpinan yang baik. 

6. Tunjang Komunikasi
Tunjang Komunikasi memberi fokus kepada empat kemahiran utama iaitu : kemahiran membaca, kemahiran bertutur, kemahiran mendengar dan kemahiran menulis. Seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.

Tunjang Komunikasi 

Tunjang Komunikasi pula memberi fokus kepada empat kemahiran utama iaitu : kemahiran membaca. kemahiran bertutur , kemahiran mendengar dan kemahiran menulis . Seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.Penerapan kecekapan tenaga diterapkan melalui lakonan serta komunikasi yang berkisarkan kehidupan seharian serta nilai-nilai yang perlu ada. Sebagai contoh:  melakonkan watak ibu yang membasuh baju menggunakan mesin basuh dengan jumlah yang banyak untuk menjimatkan tenaga ataupun aktiviti membaca arahan untuk membuat pembakar solar.

Secara keseluruhannya buku panduan guru ini ditulis ialah untuk membantu guru dengan kaedah dan teknik penerapan elemen kecekapan tenaga merentas kurikulum prasekolah. Semua tunjang yang telah diberi standard pembelajarannya tidak diabaikan dalam buku panduan. Malahan guru boleh memilih aktiviti yang menarik yang diterapkan dengan elemen kecekapan tenaga untuk dilakukan oleh murid prasekolah. Disamping itu hal ini akan membantu negara secara keseluruhan dalam penjimatan kos membiayai bil elektrik serta mengelakkan pembaziran dari segi penggunaan tenaga negara.



Hits: 21657