Buku-buku

Category: Mengenai Kami
Published: Thursday, 26 February 2015
Written by Dr. Rozniza

image 0000

Resepi Roti Telur

Category: Mengenai Kami
Published: Monday, 22 October 2012

Resepi Roti Telur

roti telur

  • Roti
  • Telur
  • Tomato

Kain hitam yang telah dilembabkan

Cara memasak

1. Satu biji telur dibalut dengan kain hitam.

2. Letakkan telur tersebut di tengah-tengah dapur solar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

3. Biarkan selama 2 jam sehingga telur tersebut masak.

4. Setelah masak, kupas kulitnya dan dipotong nipis.

5. Ambil sekeping roti, sapukan butter diatasnya dan letakkan beberapa keping hirisan telur dan hiaskan dengan hirisan tomato.

Dapur Solar Payung

Category: Mengenai Kami
Published: Monday, 22 October 2012

Dapur Solar Payung

 dapur solar loyang 

 

Bahan yang diperlukan:

 Payung, kerajang aluminium, gam UHU, gergaji tangan (hand-saw), tungku kaki tiga (tripod), gunting, pen marker, pita ukur dan cermin mata hitam.

Cara membuat:

  1. Buka payung dan ukur bahagian dalam payung (bahagian tiga segi).  Setelah ukuran di ambil, gunting kerajang aluminium mengikut bentuk yang telah diukur.  Kemudian gam kerajang aluminium tersebut kepada semua bahagian tulang rusuk di dalam payung tersebut.
  2. Pakai cermin mata hitam anda dan letakkan pemegang payung tersebut ke arah matahari dengan memastikan semua kawasan kerajang aluminium tersebut sepenuhnya menghadap matahari. Lihat pada pemegang payung dan tentukan bahagian/titik yang paling bercahaya dan terang.  Tandakan titik tersebut dengan menggunakan pen marker. 
  3. Letakkan pensil atau objek lain dibawah bahagian lipat payung supaya ia tidak akan ditutup semasa anda bekerja dengan pemegang payung. Gunakan  gergaji tangan (hand-saw) anda untuk memotong pemegang payung tersebut.  Tempat tersebut merupakan bahagian titik yang akan digunakan sebagai pusat tempat meletakkan makanan anda.
  4. Letakkan tungku kaki tiga (tripod) pada bahagian tengah payung dan tandakan kedudukan kaki tripod tersebut.
  5. Potong lubang-lubang kecil ke dalam payung dan ini merupakan tempat kaki tripod anda diletakkan dan akan dalam keadaan stabil semasa anda memasak makanan.   
  6. Letakkan periuk anda pada titik fokus yang telah anda tetapkan di atas tripod tadi dan masaklah makanan anda. 

Buku Solar

Category: Mengenai Kami
Published: Monday, 22 October 2012

GAMBAR KULIT BUKU web

 

ISI KANDUNGAN

 

PENDAHULUAN

PEMANASAN GLOBAL DAN PERUBAHAN IKLIM

PEMBINAAN BEBERAPA JENIS DAPUR SOLAR

Dapur Solar Kotak Pizza

Dapur Solar Penangkap Suria Cermin Depan

Dapur Solar Payung

Dapur Solar Loyang Kerajang Aluminium

 MEMASAK MENGGUNAKAN DAPUR SOLAR

a) Prinsip Asas dalam Menggunakan Dapur Solar

b) Panduan Masa yang Diperlukan untuk Memasak Makanan menggunakan Dapur Solar

PIRAMID MAKANAN

PEMAKANAN SIHAT

Makanan Berasaskan Sayuran

Keperluan untuk Makan Buah-Buahan

Makanan Berasaskan Protein

Pencernaan Protein akan Membebaskan Bahan Buangan Nitrogen

Makanan Berasaskan Karbohidrat

RESEPI MENGGUNAKAN DAPUR SOLAR

Resepi Brokoli Campur

Resepi Ikan Salai

Resepi Roti Telur 

Resepi Kentang Stim

Resepi Biskut Peanut Butter

PENUTUP

 

Penerbitan

Category: Mengenai Kami
Published: Tuesday, 18 September 2012

DAPUR SOLAR DAN PEMAKANAN SIHAT

oleh :
Hashimah Mohd. Yunus
Nooraida Yakob
Ahmad Ramli Saad
 

Buku Dapur Solar dan Pemakanan Sihat bagi guru prasekolah dihasilkan sebagai merakam perkara sampingan yang diperoleh daripada perkara yang telah difokuskan dalam projek ini iaitu kecekapan tenaga. Buku ini ditulis sebagai buku panduan guru yang boleh digunakan secara komplimen dengan Buku Pengajaran Kesedaran Kecekapan Tenaga merentas Kurikulum Prasekolah. Buku ini ialah untuk membantu guru Prasekolah supaya dapat menanamkan kesedaran tentang penggunaan tenaga alternatif sebagai satu cara pengurangan penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui disamping menjaga persekitaran alam sekitar. Kaedahnya ialah melalui memasak menggunakan tenaga solar dengan menggunakan dapur solar. 

Sedikit ulasan ringkas mengenai Buku Solar

Pembelian buku ini boleh dibuat melalui borang pesanan berikut :

borang-pesanan

 

*HARGA BUKU : RM20.00 senaskhah

 

 button