Dapur Solar Payung

Category: Mengenai Kami Published: Monday, 22 October 2012

Dapur Solar Payung

 dapur solar loyang 

 

Bahan yang diperlukan:

 Payung, kerajang aluminium, gam UHU, gergaji tangan (hand-saw), tungku kaki tiga (tripod), gunting, pen marker, pita ukur dan cermin mata hitam.

Cara membuat:

  1. Buka payung dan ukur bahagian dalam payung (bahagian tiga segi).  Setelah ukuran di ambil, gunting kerajang aluminium mengikut bentuk yang telah diukur.  Kemudian gam kerajang aluminium tersebut kepada semua bahagian tulang rusuk di dalam payung tersebut.
  2. Pakai cermin mata hitam anda dan letakkan pemegang payung tersebut ke arah matahari dengan memastikan semua kawasan kerajang aluminium tersebut sepenuhnya menghadap matahari. Lihat pada pemegang payung dan tentukan bahagian/titik yang paling bercahaya dan terang.  Tandakan titik tersebut dengan menggunakan pen marker. 
  3. Letakkan pensil atau objek lain dibawah bahagian lipat payung supaya ia tidak akan ditutup semasa anda bekerja dengan pemegang payung. Gunakan  gergaji tangan (hand-saw) anda untuk memotong pemegang payung tersebut.  Tempat tersebut merupakan bahagian titik yang akan digunakan sebagai pusat tempat meletakkan makanan anda.
  4. Letakkan tungku kaki tiga (tripod) pada bahagian tengah payung dan tandakan kedudukan kaki tripod tersebut.
  5. Potong lubang-lubang kecil ke dalam payung dan ini merupakan tempat kaki tripod anda diletakkan dan akan dalam keadaan stabil semasa anda memasak makanan.   
  6. Letakkan periuk anda pada titik fokus yang telah anda tetapkan di atas tripod tadi dan masaklah makanan anda. 
Hits: 6460